Jika google di internet 'fotopantun' tidak ada satu pun maklumat berkaitannya ada dijumpai. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi berkaitan fotopantun yang merupakan satu genre baharu dalam seni menjalinkan antara foto atau gambar dengan pantun.
Foto.
Rujukan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Pantun.
Rujukan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Atas inisatif Dato' Dr. Sohaimi Abdul Aziz Presiden Persatuan Karyawan Pulau Pinang, beliau telah menerbitkan buku 'FOTOPANTUN GENRE BAHARU Ekspresi Warisan, Seni & Budaya Pulau Pinang.' Buku ini menjelaskan secara terperinci tentang genre baharu ini.
Fotopantun merujuk kepada foto yang dirakam kemudian pantun yang menarik dihasilkan berdasarkan foto yang dirakam.
Sebagai guru dan juga jurugambar sambilan saya melihat genre baharu ini sangat menarik untuk di perkenalkan di sekolah-sekolah kepada murid tidak kira peringkat umur. Kalau dahulu mungkin menghasilkan foto merupakan sesuatu yang terhad kerana tidak ramai yang mampu membeli kamera tetapi sejak kehadiran telefon pintar sejak tahun 2010 menghasilkan foto merupakan pekara biasa tidak mengira lapisan umur masyarakat.
Menjalinkan foto dan pantun boleh dijadikan aktiviti yang sangat menarik serta memberi impak yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp). Puisi seperti pantun semakin di lupakan oleh generasi muda masa kini. Inilah masanya untuk kita angkat semula pantun supaya dekat dengan anak muda masa kini. Guru boleh merancang satu program dalam atau luar sekolah untuk murid-murid merakam foto yang menarik (komposisi dan cahaya yang sesuai) kemudian menghasilkan pantun yang baik berkaitan dengan foto berkenaan. Murid dapat belajar menghasilkan foto yang menarik dan belajar menghasilkan pantun yang baik.
Contoh bahagian dalam buku fotopantun
Semoga fotopantun mendapat tempat di sekolah-sekolah satu hari nanti. Fotopantun juga boleh dijadikan aktiviti dalam kokurikulum (kelab fotografi).
Untuk mendapatkan buku FOTOPANTUN GENRE BAHARU Ekspresi Warisan, Seni & Budaya Pulau Pinang, boleh terus hubungi Persatuan Karyawan Pulau Pinang.
Video ini membuktikan Fotopantun bukanlah baharu.